Jadual Aktiviti Preschool untuk Surirumah Ajar Anak-anak di Rumah by Mama Afia

09:33:00

Assalamualaikum..

Selamat Tahun Baru 2018..!
Setelah 2 3 bulan tak update blog, sekarang baru ada masa untuk mengupdate.
Almaklumlah sibuk pindah rumah dari Puchong ke Melaka.
Lepas tu sesi mengemas rumah, menghias and berjalan sakan.
Pasti ada yang rindu Mama Afia kan.. keikeikei..

Sebenarnya syam update blog ni ada request dari kawan-kawan facebook syam.
Lately ni syam banyak update aktiviti Afia dekat rumah di facebook.
Sekali ada minta tips, jadual and contoh aktiviti yang syam ajar Afia dekat rumah.
Depa semua kata sometimes busy sampai tak sempat nak fikir nak ajar anak-anak apa and ada yang masih blur2 lagi.

Jadi, syam nak share sikit ilmu yang syam dapat hasil pembacaan dan juga bengkel nurturing parenting yang syam attend setahun sekali aritu.
Ilmu yang sedikit ni syam praktikkan dekat Afia.

Sesuai la untuk mommy2 yang surirumah yang nak ajar sendiri anak-anak di rumah, yang tak hantar anak2 ke taska or preschool lagi or for those pengasuh2 yang tolong jaga anak2 orang juga bole praktikkan aktiviti yang ni.
Confirm seronok and tak rasa bosan,stress asyik buat kerja rumah 24 jam hadap tv 24 jam kan.. hehehe..



Mengikut dari bengkel nurturing parenting tu..
Mommy2 boleh assess sendiri perkembangan anak-anak..
Antara perkembangan yang kena dititikberatkan ialah..

πŸ’“Perkembangan pergerakan kasar anak-anak seperti berjalan, berlari, memanjat dan sebagainya.

πŸ’“ Perkembangan pergerakan halus seperti cara penggunaan tangan dan pemegangan objek.

πŸ’“ Perkembangan bahasa dan pertuturan (cara anak-anak bercakap, berkomunikasi, memahami dan menggunakan bahasa)

πŸ’“ Perkembangan kognitif dan intelek (cara anak-anak  memahami sesuatu, berfikir dan belajar)

πŸ’“ Perkembangan sosial dan emosi ( cara anak-anak berinteraksi dengan yang lain serta berdikari, tunjuk perasaan)

πŸ’“ Perkembangan jati diri (nilai budi akhlak anak-anak yang terbentuk, keyakinan diri)

Semua tu merangkumi aspek penting untuk mencorakkan anak-anak sebagai bekalan anak-anak masuk ke alam persekolahan yang lebih mencabar..

Jadual yang syam buat ni hasil rujukan dari sample bengkel nurturing parenting tu, tapi syam olah ikut kesesuaian masa syam di rumah seharian.
Mommy2 boleh la buat rujukan and buat jadual sendiri ikut masa dan keperluan masing2.
Kira buat preschool untuk anak sendiri.
Lagi senang nak assess and boleh tahu perkembangan anak-anak dengan mudah.


Kenapa pentingnya ada jadual preschool activities ni?

Jadual ni bukan apa, ia memudahkan urusan kita seharian and lagipun kita boleh ajar anak-anak dengan lebih teratur and berdisiplin.
Jadi, mommy2 takde la nak blur2 lagi nak ajar apa.
Alaa.. macam budak2 sekolah juga la.
Tapi ni kita ambil subjek basic untuk perkembangan minda and motor skills anak.
Jadi, lepas ni, before nak masuk ke alam persekolahan sebenar, mommy2 da tahu da kelemahan and kekuatan anak-anak.
Senang la mommy nak buat preparation soon supaya tidak ketinggalan dengan kanak-kanak lain.
haaa gitu..

Aktiviti2 pra sekolah yang boleh dibuat ikut subjek jadual :

ENGLISH/MALAY


-color introduction
-shape recognition
-ABC learning
-objects introduction
-sorting color
-sorting patterns
-sorting objects
-sorting by size









Benda asas bermula dengan pengenalan huruf2 alphabets.
Jadi, memang penting anak-anak tahu benda basic.
Selebihnya aktiviti2 untuk improvekan skills, memory..

Jangan lupa untuk ajar dwibahasa.
Bahasa2 yang mudah supaya anak-anak senang guna dan senang nak ingat.

MATHS

-numbers learning
-counting
-speedy count using different objects
-sorting by numbers
-clock basic learning
-calculator learning






Bila buat aktiviti berkaitan maths, kita boleh lihat level kekuatan anak-anak terhadap maths.
Tak ramai kanak-kanak minat mengira pada usia awal tapi mommy2 boleh pupuk sejak kecil..
Penting untuk brain balancing..

SCIENCE

-Project experiment
-Water density
-Weight exercise
-Height experiment
-Oil and water effects

Bahan2 : Shaving cream foam. baby oil, food liquid/watercolor liquid,dropper,a jar
Cara2 : Letak baby oil dalam jar. Then letak shave foam dekat surface. Lepas tu guna dropper letakkan color liquid. Then tunggu la color rainy in jar.
(next time syam buat satu entry untuk science projects pula ye)..

Projek2 sains ni penting untuk introduce dekat anak-anak supaya anak-anak boleh enhance intelek skills, cara berfikir dan menyelesaikan masalah, berimaginasi dan berinovatif.
Lagipon, akan create something keseronokan luar biasa..

COLORING/DRAWING

-aktiviti melukis basic
-ajar pegang pensil dengan betul
-mewarna dengan betul dengan menggunakan pelbagai medium dan color (watercolor, crayon, pencil color, coloring using nature things like rice, potato, vegetables and so on)
-cop color using pelbagai warna





Dengan melukis mewarna, aktiviti2 ini sangat penting untuk improve fine motor skills anak-anak. perkembangan minda, kognitif anak2, enhance focus dan improve creativity..

SINGING DANCING

Bila ada kelas menyanyi dan menari.
Anak-anak lebih seronok, menceriakan mood anak-anak and hari anda juga..
Boleh juga buat kelas berlakon.
Kita boleh ajar anak-anak cara express kan emosi..


Mommy2 buka  je youtube dekat tv and ajar anak-anak dancing sama2.
Bila mommy2 buat lagi senang anak2 nak ikut sama.
Korbankanla sedikit masa untuk mommy tengok drama filipina petang2 ke.
Takpon pandaila mommy ubah jadual ye.
Syam memang tak tengok drama2 semua tu..
Kalau Runningman and movie memang selalu tengok dekat monitor je time before nak tidur..

OUTDOOR ACTIVITIES

Ni memang sepatutnya wajib.
Setiap hari pastikan mommy2 menyempatkan diri juga untuk bawa anak-anak main dekat luar.

Selain dapat hirup udara semulajadi, aktiviti luar juga boleh tingkatkan level sosial anak-anak, improvekan cara bermain anak-anak dengan kanak-kanak lain, dan mencergaskan tubuh badan anak-anak.

Bawa saja ke playground pon da cukup penting.
Banyak outdoor activities yang mommy2 boleh buat.
Dekat pantai, kebun, taman, padang, janji bukan dalam rumah.

Afia suka bagi rabbit makan.
Ni jiran yang bela.
Bolehlah pupuk kasih sayang dekat haiwan kan..

Dengan berbasikal juga boleh improvekan motor skills tau!

Main playground dengan kawan2 juga boleh improvekan motor skills, cara berkomunikasi dan bergaul dengan orang lain..

Main belon depan rumah, main air ke..
Walaupun sekejap, anak-anak pasti seronok dan lebih menghargai kita.
Trust me!
(kanak-kanak kan suka main dekat luar)

Selain tu, bolehlah mommy2 buat aktiviti berkebun, menanam pokok, kenalkan nama pokok and bunga.
Macam tu syam buat bila ada dekat luar.
Lagi banyak benda kita boleh ajar and anak-anak boleh explore.
Lagi luas minda dia nanti. InsyaAllah..

PLAYING PLAY DOH

Bila tiba waktu malam.
Selalunya anak-anak ada masa yang singkat je sebelum tidur.
Kalau macam Afia sekarang ni dia tidur awal.
Someimes jam 9 malam da krooohh krohhhh da..
Paling lewat pon pukul 10 malam dia tidur..

Selalu lepas maghrib syam akan mengaji sambil2 tu ajar afia Iqra'. 1 hari 1 muka surat.
Dalam pukul 8 macam tu baru makan. 
Lepas makan bermula lah aktiviti malam.

Syam takde da expose Afia dengan gadget2 bagai.
Very NOT GOOD!
Memang la akan buat anak leka and memudahkan urusan kita.
kalau boleh attract and bagi benda lain untuk anak-anak leka.
Mommy2 kena find out la ye sebab setiap anak-anak lain2 minat and citarasa.


Syam bagi Afia layan mata sebelum mengantuk dengan bermain Play Doh.
Kita pon layan la sekali.
Dengan papa nya sekali main.
Macam Afia ada 1 box besar pelbagai jenis Play Doh dan sewaktu dengannya.


Mommy2 mesti ingat leceh kan nak bagi anak2 main tanah liat.
Takut bertepek merata, malas nak kemas la..

Jangan macam tu.
Mommy kena kawal dan prepare siap2.
Buat alas ke and ajar anak untuk main satu tempat je.
Kita kena la main sekali.
Main tanah liat ni penting juga.
Untuk fine motor skills anak2 and brain balancing.
Boleh juga bagi main slime.
Janji anak2 boleh berimaginasi dengan membentuk tanah liat menjadi sesuatu objek.
Kan bagus untuk pupuk anak berfikir, berkreatif dan berimaginasi secara kritis.

MAKAN BREAKFAST

Syam buat breakfast time 10 am tu sebab memang waktu Afia lapar and nak makan time ni.
Afia jarang makan awal pagi.
Kalau dia lapar ke syam akan bagi biskut takpun susu and koko krunch..

Pastikan anak-anak WAJIB breakfast ye..
Kalau mommy2 rajin layan, boleh buat simple breakfast sama2 dengan anak2.
Macam Afia, suka buat roti telur. Syam buat scrambled eggs and afia akan tolong kepitkan dengan roti.

Menu Breakfast yang sihat dan mencukupi buat anak-anak lebih bertenaga sepanjang hari.
Mudah la nak belajar nanti!

HOUSE KEEPING

Mommy2 pasti nak basuh baju, sidai baju, lipat baju, kemas rumah, sapu sampah, nak prepare masak tengah hari.
Apa kata, mommy2 buat kerja rumah tu sama2 dengan anak-anak.
Memang la jadi lambat sikit.
Tapi tak salah ajak and ajar anak-anak dari awal.
Untuk menambahkan pengalaman anak2 dan membiasakan anak2 dengan persekitaran.

Melentur buluh biar dari rebungnya.
Senang nanti nak minta tolong apa-apa ke, nanti dia da faham..

Tengah vacuum rumah, explain fungsi vacuum.
And boleh minta dia try buat pula sekejap.
Nanti dia leka tengok kita tengah vacuum. Dia akan simpan dalam kotak memori dia..

Tengah kopek bawang ke, ajar dia kupas kulit bawang. Cara potong kentang sayuran, buang kepala ikan bilis, tumbuk halia, basuh pinggan, basuh baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju, sapu sampah.
Semua kita buat sama2.
Inshaallah anak-anak akan rajin nak tolong kita and da kenal da semua barang dalam rumah and da faham aktiviti seharian kita.
Mudah nak disiplinkan they all if they all da faham. Betul tak?


Aktiviti ni pon penting untuk memupuk anak-anak jadi seorang pengemas, pembersih.
Sebab dia da faham..

MUSIC INSTRUMENTS

Bila ajar anak2 gunakan alat2 muzik.
Penting untuk perkembangan minda dan juga brain balancing.
Perasan tak ramai anak orang cina belajar main piano la, biola la.
Anak2 depa semua pandai and senang nak ingat.
Yes! Ia berkait rapat dengan memory.


Bagilah main alat muzik yang banyak gunakan pergerakan jari, tangan seperti piano.
Inshaallah brain balancing lebih stable and senang nak ingat sesuatu perkara dengan mudah.

Macam Afia. Dia memang suka main piano sambil bernyanyi.
Inshallah nak hantar Afia kelas piano nanti..
Tunggu 3 tahun setengah baru boleh join kelas muzik dekat sini..

READING

Selalunya syam akan bacakan cerita2 dekat Afia guna her fevret story book time before tidur.
Alaa.. Perasan tak orang english rajin bacakan story before anak2 tidur.
Yes! Penting untuk anak2 berimaginasi dan trust me!
Anak2 lebih ingat story yang pernah kita ceritakan.
1 book 1 night.
Short story je.
Macam Afia suka fairytale story.
Mommy pelbagaikan la story books.
Kisah2 Nabi Rasul, fairy tale story, kisah2 teladan haiwan dan sebagainya.
Boleh tingkatkan kosa kata anak2 juga tau!
Jom start sekarang!
Mana tau anak2 lepas ni suka membaca..


FLASH CARD

Ada satu sesi tu syam akan ajar menggunakan flash card saja.
Makanya, mommy2 rajinla kumpul flash card.
Boleh cari dekat kedai buku.
Ada pelbagai jenis and learning.
Takdela mahal mana pon..

Syam lebih suka flash card yang sedia pakej basic step by step.
Mudah nak ajar Afia nanti.
Ini untuk menajamkan lagi huruf, kosa kata dan juga kenal sesuatu objek dengan lebih mudah dan jelas.


SKILLS CRAFT

Sangat penting untuk improvekan pergerakan halus dan kasar anak-anak!
Dan ini penting untuk sambungkan sel-sel otak dan juga brain balancing!

Anak-anak yang memperluaskan pergerakan halus dan kasar ni boleh menguasai apa saja bentul pembelajaran dan pengajaran dengan mudah dan lebih cepat ingat.

Banyak aktiviti yang mommy2 boleh buat dengan anak2 untuk improvekan motor skills ni..
Semua aktiviti yang melibatkan pergerakan jari dan tangan..
Main lego, blocks, penyepit, pegang pencil, kepit, menarik zip, memutar skru, pegang manik, menekan, buat aktiviti kraftangan yang simple2, menjahit, mengikat tali, masukkan lubang dengan benang, scissors training dan sebagainya..

blocks

card craft

paper craft koyak2

melekat menampal

menyepit

pointing ball

scissors trainng pelbagai patterns

sewing mengait

fine motor skills tools

buat tikar guna kertas warna

Semua alat ni penting untuk fine motor skills anak2..

TECHNOLOGY PICTURE/ QUESTION ANSWER

Selalunya syam akan dedahkan gambar2 dan minta Afia teka gambar apa melalui Ipad.
Mommy2 kalau rajin boleh print out gambar ke, takpon guna flash card if ada..
Selalunya basic things yang biasa dia nampak and ada sekelilingnya..
Perabot dalam rumah, pakaian, anggota badan, alat2 berkelah, alam sekitar, barang keperluan rumah..
Dan syam juga akan ajar Afia basic question and ajar afia cara nak jawab dengan betul..

Beri salam, tanya khabar, cara nak cakap dalam telefon, ucap terima kasih, tanya nama and cara jawab dan sebagainya..

Syam juga sometimes suka ajar Afia memory card.
Cari gambar yang sama.
Untuk tajamkan ingatan anak-anak.


MAIN MASAK2 & MAIN PATUNG

Selalu bagi Afia masa untuk main permainan dia.
Kita main jual2 supermarket supaya dia boleh tahu cara jual dan beli.
Ajar main masak2 menggunakan alat mainan dia boleh create imagination yang tinggi.
Nama je pretend play kan.
So, dengan cara ni kita boleh ajar teknik yang betul dan boleh disiplinkan anak.
Dengan main patung pon anak2 boleh berimaginasi.
Sometimes cakap dengan patung.
Pastikan mommy2 ada sekali untuk pantau and layankan they all bermain.
Tukar2 baju patung boleh didik anak bersabar. Pakaikan pampers or lampi dekat patung boleh ajar anak2 basic things.
Ni Afia tak lama lagi nak dapat adik boleh da la tolong jaga adik. hehehe


MESSY THINGS ACTIVITIES

Termasuklah main pasir, tepung, coklat, dan sewaktu dengannya.

-buat kek sama2, masak roti sama2 ke
-main kinetic sand ke
-main coklat texture ke

Memang messy sikit tapi mommy2 jangan risau.
Mommy boleh sediakan apron plastik ke..
Janji anak2 seronok and learn something.




GYM TIME

Selalunya before tidur.
Workout sikit so penat nanti senang tidur.
Selain tu boleh buat anak2 jadi cergas dan kreatif.
Sebab apa?
Sebab syam suruh Afia meniarap, merangkak bawah meja la, baling bowling dengan bola and botol, baling bola dalam bakul, berjalan atas titi, turn around, berguling atas mat.
Mesti ada checkpoints.
Selalu syam buat 5 checkpoints and checkpoint terakhir syam akan bagi reward.
Nanti dia rasa seronok penat tapi berbaloi.
Syam bagi reward something yang dia suka.
Selalu bagi hadiah mainan simple2 jer..

REMIND

Selalu hari sabtu tu syam akan ajar relax2 je..
Remindkan balik apa yang da diajar.
Tanya about color, ABC, numbers, shapes, songs and sebagainya.
Memang kena ulang supaya anak2 cepat ingat.

Syam memang biasakan Afia timba banyak pengalaman.
Anak-anak cepat belajar dari pengalaman mereka sendiri.
Jangan lupa ajar anak untuk berkawan dan bersosial.
Dan mommy2 kena pantau dengan siapa dia berkawan bersosial.


Bila anak2 da faham, mudah nak disiplinkan anak2, and anak2 pon senang faham dengan arahan kita nanti.

Jom mommy2.
Kita start dari sekarang.
Better late than never.
Mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Sayang masa anak-anak dirumah tanpa sebarang aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan.
Bermain sambil belajar.

Semoga ilmu ni beri manfaat buat semua mommy2 yang jaga anak sendiri..

Bolehla share dekat komen jika ada penambahan ilmu.
Jika syam silap boleh bagitahu.
Thanks mommy2..
Jangan lupa sharing to all kenalan..

with love,
syam

You Might Also Like

0 comments

Sila share pendapat anda..thanks!

Popular Post

Recent Posts

Paid Ads

Total Pageviews

Paid Ads