Resepi Potato Fritters untuk anak-anak

21:58:00


Assalamualaikum..
Nak share short resepi breakfast untuk anak-anak yang mudah, sedap tapi tak membosankan and tak jemu.
Anak-anak pasti suka.

Selalu nak mudah, akan buat jejemput atau cucur tiap pagi kan.
This time benda sama tapi ini buatkan anak-anak uolls suka makan breakfast tiap pagi..

Potato Fritters

Ya Allah!
Mek afia makan nonstop.
Satu pinggan dia bole perabes sorang.
Jadi, syam rasa ini breakfast yang mudah, sedap dan tak membosankan untuk anak-anak anda.
Bole try waktu weekend.
Seronok tengok anak kita berselera makan pagi2 pon kan..

Ini cara2 buat Potato Fritters Gaya Mama Afia

Bahan2
Untuk4 orang makan

2 biji telur
8 biji kentang disagat atau dipotong nipis halus kecik2
1 bawang holland besar dipotong dadu
2 biji bawang putih dicincang
daun bawang (syam tak letak)
4 sudu tepung gandum
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung crispy ayam goreng (taknak letak tak apa)
Sedikit air
sedikit garam secukup rasa

Cara2
gaul semua sebati. Macam buat cucur gitu.
Panaskan api betul2 panas. Lepas tu buat cucur  nipis and leper2.. Bukan apa, supaya lebih garing, rangup.. Minyak yang sedikit. Cukup2 bagi cucur nipis. Masak sehingga warna kuning keemasangaring gitu.
Siap dihidang.
Makan la panas2.
Krup krap bunyi dia.

Ok.. SHaring is caring.
Mudah. Simple. Sedap. Garing. Terbaik.


Nampak menggiurkan.
Mohon try.
Weools satu family gilerkan kentang.
Selamat mencuba!

with love,
syam

You Might Also Like

0 comments

Sila share pendapat anda..thanks!

Popular Post

Recent Posts

Paid Ads

Total Pageviews

Paid Ads