Cara Mengatasi Masalah Anak yang Suka Berdukung

07:36:00


"Sis, anak saya kan 24 jam nak berdukung je. Jenuh dibuatnya. Hari2 nak berdukung, tak larat laa kan" - Luahan a friend from open house lately..

Lately ni banyak open house. Bayangkan bila mak2 ni duduk bersembang, selain dok cakap pasal deco rumah, hot topics ialah pasal anak.
Rata2 semua dok share pengalaman masing2 besarkan anak..
Sometimes bila dengar tu.. Wahh! bertapa mommy2 semua ni strong ye.
Lagi istemewa dan penuh cabaran lagi semua story2 pengalaman mereka. Wah!

Ada yang siap bagitau anak depa asyik nak berdukung je.
Kalau tak berdukung, dia dok buat perangai tantrum pula kan even on public pon.
Mommy n daddy bertabah jela layankan anak2..
Kalau letak bawah, kemain nangis macam kena seksa kan.
Adakah nak biar je dia menangis atau ikut kehendak anak?

Dekat sini nak share sedikit ilmu parenting dari pakar about memahami situasi anak2 yang baru belajar mengekspress kan emosi dan ingin difahami.

Pertama sekali, kena faham kenapa baby/kids suka kena dukung.
Ok macam ni, baby secara fitrahnya memang suka kena dukung.
Sebab bila berdukung secara tak langsung dia akan dipeluk dan terasa dibuai, didodoi macam duduk dalam rahim ibu lagi. 
Perkara ini berkaitan dengan Pyramid of Learning (Williams & Shellenberger),
ada 3 core sensory yang menjadi asas dalam pyramid ini iaitu...

 Tactile (deria sentuhan)
 Vestibular (deria keseimbangan/balance)
Propioception (deria sendi/joint senses) 

Sejak dari lahir, baby memang memerlukan semua deria ini dalam proses perkembangan otak.
Sebab itu, baby normal memang suka dibelai (deria sentuhan), suka dipeluk (deria sendi) dan suka didukung (deria keseimbangan).
3 deria penting ini memang sangat diperlukan untuk perkembangan otak baby.

Perlu diingat kan,
Setiap baby berbeza keperluannya ya mommy daddy!
Jadi, jangan compare anak kita dengan anak orang lain.
Tugas kita ialah memenuhi semua keperluan deria ini,
bukan hanya berdukung ok?

Ada banyak cara untuk memenuhi keperluan sensori baby, tak perlu beli apa-apa pun cuma pakai apa yang ada je.

Contohnya :

Tactile (deria sentuhan)
πŸ’Ÿ Pakaikan losyen pada baby sambil belai-belai seluruh badan baby.
πŸ’Ÿ Sambil minum susu boleh usap-usap kepala dia.
πŸ’Ÿ Baringkan baby dekat atas baju belum lipat, lagi banyak jenis material kain lagi bagus.
πŸ’Ÿ Bagi baby genggam jari kita.
πŸ’Ÿ Usap tangan dan jari jemari baby.
πŸ’Ÿ Beri baby main dengan pelbagai jenis texture dan bentuk.

Vestibular (deria keseimbangan)
πŸ’žLetak dalam buaian atau bouncer semasa dia sedar. So, baby akan rasa lebih selamat, terasa ada someone disisinya dan dipeluk.

Proprioception (deria sendi/joint sense)
πŸ’ Urut lepas mandi. Sangat penting and tolong jangan skip untuk baby baru lahir.
πŸ’ Pakaikan baby bedung untuk baby baru lahir.
πŸ’ Selalu buat 'tummy time' seawal baru lahir.
πŸ’ Peluk baby.

Cara di atas ini boleh dilakukan untuk baby baru lahir untuk memenuhi keperluan sensori mereka.
Seeloknya mommy daddy da ajar start dari baby lagi.
So, nanti kemudian hari akan memudahkan mommy daddy juga.
Seperti yang syam pernah share di entry 

Keduanya, kenapa baby suka berdukung adalah disebabkan Separation Anxiety (resah bila berpisah).
Ini normal dalam proses perkembangan emosi baby.
Bila kita hilang dari pandangan, baby akan rasa macam kita akan hilang selamanya.
Sebab itulah, bila kita letak di bawah dia akan rasa risau kita akan 'hilang'.

Biasanya akan bermula bila baby dah kenal orang sekeliling, lagi teruk bila pergi rumah orang tak nak lepas. Asyik nak melekat je.
Biasanya bermula seawal 6-7 bulan dan waktu genting sekitar 10-18 bulan dan mungkin akan berterusan sampai umur 2 tahun.
Ada pon umur lepas 2 tahun sebab malas nak berjalan atau penat nak berjalan.
So asyik minta dukung je. hihi..

Jangan risau! Ini semua akan hilang ikut masa.
Kena ingat setiap baby berbeza. 
Enjoylah masa anak nak berkepit dengan kita,
tanamkan dalam fikiran kita nombor satu dalam carta hati mereka..hehe

Tapi, berdukung/melekat 24 jam ini mungkin akan menimbulkan masalah lain sekiranya baby kurang 'tummy time', meniarap atau merangkak.
Jadi, mommy daddy kena juga buat sesuatu, supaya baby belajar yang kita tak 'hilang' pun.

Caranya :

πŸ’– Ajar konsep "bye-bye".
Bila kita ke mana-mana,cakap "bye, mama pergi dapur ni ok sayang. duduk elok2 k".
Kalau baru-baru memang dia akan menangis, jadi kita pergi sekejap je main cak-cak dengan dia.
Bila da selalu buat, dia da faham konsep dan jadi terbiasa dan tak kesah.

πŸ’™ Kena selalu bercakap dengan baby walaupun dia tak faham.
Bagaimana nak pergi toilet, nak pergi makan nak kemana-mana kena report little bos.
Nanti lama-lama dia faham la, makan dekat dapur, toilet dekat mana. Haa gitu.

πŸ’š Kalau pergi mana-mana bawa mainan yang biasa untuk dia rasa selamat macam rumah.
Boleh kurangkan ini bila anak da boleh cope and adapt dengan tempat baru.

πŸ’› Kalau punca berdukung sebab bosan, bagi dia pegang apa-apa barang baru yang selamat.
Contoh ke dapur, bagi main senduk, tupperware,bekas-bekas yang selamat untuk alihkan perasaan nak berdukung.

πŸ’œ Untuk yang da pandai merangkak atau berjalan, selalu main kejar kejar dengan dia. Bila dia datang dekat nak dukung, kita lari sambil gelak-gelak. Mesti confirm tak jadi. Dulu syam buat macam ni time afia umur 6 bulan.

πŸ’“ Cara terakhir, kalau baby minta dukung tapi kita cakap ada kerja nak buat.
Biarkan dia menangis (mommy hati kena kering ye time ni) sebab nak ajar dia untuk memudahkan kita kelak). 
Jangan pandang langsung pon time dia nangis tu. Buat tak tahu je., muka senyum ada relax. 
Lepas da siap kerja, cakap "ok da siap" sambil pandang anak.
Masa ini, baru boleh pergi ke anak.
Semakin lama, boleh cuba makin jarakkan masa pergi pada anak2.
Lama-lama anak akan percaya dekat kita yang kita tak abaikan dia pon, cuma ada kerja sekejap.

YANG PALING PENTING SEKALI!

Emosi kita la untuk kawal anak2.
Kalau emosi kita kelaut, anak bole tahu cepat.
Dia akan nampak kelemahan kita.
Tiap kali nangis, kita selalu dapatkan dia.
Sebab itu bila tak dapat apa yang dia nak, dia menangis.

Jadi, lenturkan buluh dari rebungnya untuk kemudahan keselesaan kebahagiaan kita nanti.

Ok laa..
Nak share itu je takat ni.
Nanti ada ilmu parenting lagi, syam akan share dekat uolls ok..

Mommy daddy boleh la share pendapat, pandangan di ruang komen di bawah..
atau direct je tanya by whatsapp by personal pon boleh.
Inshaallah apa yang syam tahu syam share, yang tak tahu syam akan tanya pakar parenting..

013.647.2677

Sharing is caring!

Belanja gambar mek afia da besar ni haa..
makin besar malas nak berjalan. Tak bole jenjalan lama, kalau tak nak berdukung.
Terpaksalah ikat dekat stroller kikikiki 
Jangan haraplah nak berdukung! Tak kuasa! Mama is tak larat!!


Nur Afia Amani..
2 tahun 7 bulan..

with love,
syam




You Might Also Like

0 comments

Sila share pendapat anda..thanks!

Popular Post

Recent Posts

Paid Ads

Total Pageviews

Paid Ads