20 Cara didik anak kecil : Aktiviti yang Boleh membuat anak Tingkatkan Fine Motor Skills by Mama Afia

10:42:00


Mommy2 daddy2 pernah pantau ke perkembangan anak-anak.
Perkembangan anak2 harus di pantau sejak mereka dari lahir lagi.
Agar perkembangan anak2 seiring dengan usianya.
Kat sini syam nak share 20 Cara didik anak kecil. Aktiviti-aktiviti yang Boleh membuat anak Tingkatkan Fine Motor Skills by Mama Afia.
Sama ada perkembangan fizikal, minda dan juga rohani.

Waktu bilakah yang sesuai untuk ajar anak-anak untuk tingkatkan skills anak2?

Sebenarnya, mommy2 daddy2 da boleh start slow2 dekat anak2 mengenal skills2 yang ada melalui pelbagai aktiviti sejak mereka berumur setahun lebih. Dan digalakkan untuk tajamkan skills pada umur 2 tahun dan ke atas. Contoh skills yang perlu di ambil berat ialah sensory skill, fine motor skill, kebolehan melihat, mendengar, berinteraksi, kreativiti, brain balancing dan sebagainya.

Pentingnya untuk tingkatkan skills2 semua ini especially fine motor skills anak.
Dengan merpertajamkan skills fine motor anak, anak akan lebih cepat berfikir, boleh kawal brain balancing sendiri, sel-sel otak lebih cepat berhubung dan main function for all skills.
Yang penting, untuk improvekan fine motor skills anak, kena ajar anak gerakkan jari jemari dia. Semua jejari ye..

Ini antara aktiviti-aktiviti yang syam ajar afia untuk lebih tajamkan lagi fine motor skills.
Mommy daddy boleh try dekat anak2 untuk merangsang mereka belajar sambil bermain.
Tidak perlu mainan yang mahal2 pon dan senang nak dapatkan tools2 tu.

Afia having lots of fun bila buat aktiviti2 macam ni!
Parents jangan lupa pantau ya.

Squishy ball. Kepit gunakan penyepit. barang semua beli dekat diy je. total tak sampai rm10 pon. 
Aktiviti ni penting untuk gerakkan and stimulate fine motor skills anak.

Sepitkan squishy ball into thin bottle. 
Aktiviti ni juga boleh galakkan anak supaya lebih fokus selain dari improve fine motor skill.

Ajar guna pakai gunting.
Gunting jela camne pon dekat kertas. Bantu dan pantau anak2 ye.
Be careful!
Dalam aktiviti box afia tu ada macam2 tau!
Boleh bagi anak2 bermain ikat tali.
Pon boleh gerakkan jari jemari anak.

Main lipat2 kertas. Berorigami.

Ajar dia meletak, melekat, merasa and everything.

Syam jenuh nak ajar afia pegang gunting tu dengan betul.
Tapi, lama kelamaan and slalu praktis, da pandai da..

Letakkan bola dekat lubang kecil.
Untuk anak2 boleh merasa dan sekaligus improve sensory n fine motor dia.

Ajar afia memegang pencil.
Ok da berjaya!
Lepas ni sibuk menulis mewarna pula.


Ajar afia membezakan bentuk.
Bole try guna butang ke, manik ke.
Ikut kreativiti mommy daddy la.
Kena usaha sikit buat untuk anak2.

Boleh start ajar anak gunakan water color.
Lebih seronok untuk mewarna.



Ajar afia asingkan ikut warna.
First time ajar da pandai.
Biar dia berfikir sendiri.
Untuk stimulate mata afia kenal warna and perbezaan.
Dan juga sekali gus improve senseory touch tu.


Biar dia main dengan pasir. Bagi dia pegang tanah liat, pasir, tepung, beras, kacang2.
Improve sensory touch anak juga ok.
Tak apa la bersepah sikit and kotor sikit.

Main matching2 kaler guna batang aiskrim.
Da ada jual dekat diy.
Yang hat ni syam and afia sama2 warna.
Sebab tu comot. hehe



Boleh juga buat aktiviti ini.
Tang sepit2 tu wajib.
Penting untuk tajamkan fine motor skills anak.

Differentiate kan ikut size warna.
Seronok la.
Nanti da biasa anak cepat belajar and lebih bijak.


Matching gambar.
Mesti anak2 rasa lebih seronok and cepat belajar!

Haaa... yang penting!
Mommy daddy kena banyak bersabar.
Bukan ajar sekali anak2 akan terus pandai.
Ajar tanpa jemu sampai la they all dapat buat sendiri.

Bila da pandai, bagi la reward buku ke toys ke bebear ke aiskrim ke jenjalan ke..

Afia dapat pelbagai toys papa bagi..
Kemain la.
Lagi seronok dia nak belajar kalau dapat toys besar2 reward sebab cepat belajar..
kan..



Banyak mainan afia.
Jemput mai umah ye main sesama dengan afia!


Nak beli set wooden kitchen macam afia punya ni boleh TENGOK SINI
Memang termurah. Syam da survey!
Selain tu boleh tengok IG @aysara untuk toys yang menarik dari UK dan murah!

Ok. Banyak lagi aktiviti yang boleh buat, belajar sambil bermain!



Boleh la tengok aktiviti yang fun untuk tingkatkan fine motor skills yang di share sebelah europe juga!





ok. Sharing is caring!
Mohon share ye..

Have fun mommy daddy with the kids!


with love,
syam

You Might Also Like

2 comments

  1. Wah rajinnya akak. Bagus aktiviti macam ni, tak terfikir pun nak buat macam ni sebelum ni kat anak buah. Asyik hadap gadget je tak sihat langsung aktiviti, huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak biasakan anak dengan fon sangat. Hanya bagi tengok2 je supaya dia xketinggalan. Banyakkan aktiviti fun n menyeronokkan macam ni. Budak2 memang suka n tak bosan..

      Delete

Sila share pendapat anda..thanks!

Popular Post

Recent Posts

Paid Ads

Total Pageviews

Paid Ads