Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah Melaka

21:13:00

Assalamualaikum..
Syam just nak share..
Kelmarin syam balik melaka nak jumpa my mom..
Nak bagitahu ni..
Sepanjang hidup dekat melaka..
Syam tak pernah tahu ada Kolam Air Panas dekat Alor Gajah ni..
Hahahahha nampak sangat bukan pure stay melaka kan..

Till la my adik bagitahu ada satu kolam air panas ni.. 
Agak terpencil sedikit ke dalam..
So, apa lagi..
Jam 12 malam kitorang pergi laa ke Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah ni..
Dari Bukit Rambai ke Kolam ni hanya dalam 20km je..
So decide nak bawa ibu ke sini bolehlah ibu rendamkan kaki ibu yang sakit.
Orang kata, bila mandi air panas tengah malam ni, bagus untuk kesihatan dalaman secara alami dan menaikkan aura diri..


Kolam Air Panas Gadek ni sebenarnya terletak di Kampung Ganun mukim Gadek daerah Alor Gajah, Melaka.
Memang ke dalam sikit bahagian kampung laa dari laluan utama Alor Gajah.
Kolam air panas semula jadi ni dikatakan wujud sejak lama dulu mata air yang membentuk kolam kolam kecil yang mengalirkan air dari sumber bawah tanah.

Dengan suhu di permukaan sekitar 56 darjah celsius dan purata aliran 5.4 liter sesaat, kolam ini mengeluarkan buih-buih yang mengandungi gas hydrogen sulfida.
Kawasan sekitar kolam ini mula dibangunkan sejak tahun 1980-an dan dimajukan dari masa ke semasa sebagai tempat tarikan pelancong dan rekreasi yang popular dengan menyediakan pelbagai kemudahan.

Air kolam panas ini dipercaai mengandungi belerang yang dapat mengubati pelbagai jenis penyakit kulit.






Kolam Air Panas Gadek ni merupakan air panas yang keluar dari perut bumi.
Tak menggunakan sebarang pemanas air seperti heater boiler digunakan pon.

Daripada kolam sumber ini, air semulajadi dipam terus kepada kolam kolam lain untuk digunakan  pengunjung air panas Gadek.

Air Panas semulajadi ini akan sentiasa berubah warna nya dari pada warna jernih kepada warna kehijauan.
Perubahan warna ini disebabkan kandungan belerang semulajadi yang terdapat di dalam air panas ni.
Kandungan belerang ni  sangat memberi manfaat dan berkhasiat untuk tujuan perubatan secara alami.

Terdapat sedikit lumut di dalam kolam-kolam ini bukan kotoran tapi sebaliknya lumut ini merupakan gumpalan belerang semulajadi yang terhasil dari dalam perut bumi .

Oleh kerana kami mengepam terus air panas semulajadi daripada kolam sumber maka  ampaian belerang ini sangat baik untuk kesihatan seluruh badan dan kulit.



Ini ada beberapa teknik mandi air kolam panas dengan benefit2 tersendiri dan ikut Tradisi Jepun


1. Kaburi Yu
Jirusan belakang tengkuk & sebahagian kepala
-Tradisi Jepun sejak 2000 tahun
-Menggalakkan peredaran darah dan oksigen ke bahagian otak/kepala

2. Utase Yu
Urutan pancuran di tengkuk
-Hilangkan lenguh tengkuk
-Rangsang urat saraf

3. Ashi Yu
Rendaman kaki
-HIlangkan lenguh/letih kaki
-Buang toksin
-Licin dan melembutkan kulit kaki

4. Awase Yu
Rendaman badan
-Hilangkan letih/penat badan dengan berkesan
-Tubuh menyerap mineral seperti Boron & Siika untuk cerdaskan otak dan tubuh kuat
+Rangsang perjalanan darah seluruh badan
-Buang lemak



Terdapat 4 jenis kolam yang ada..
And total semua kolam dalam 12 kolam..

Ada kolam yang jenis tab mandi..
Untuk rendaman kaki saja boleh stay keliling tab kolam.. Untuk berendam hanya muat untuk 3 orang saja..

Ada jenis kolam seperti pool kecil.
Boleh muat untuk berendam dalam 15 orang-20 orang saja..
Suhu tak berapa panas sangat dan tak berapa sejuk sangat..

Kolam jenis macam dalam gambar atas tu.. Boleh lah rendam kaki.
Kalau nak menyelam tak muat..
Air kolam ni memang paling panas di antara kolam2 lain..
Fuhh kena tahan dari segi mental ye.
Hitam2 dalam air tu merupakan belerang semulajadi yang syam kata tadi..
Baik untuk kulit..

1 kolam yang paling besar boleh muat 30-50 orang.
Nak menyelam ke nak berendam pon boleh.
Kanak2 boleh pakai pelampung ye sebab dalam sikit.
Warna pon kehijauan..
Belerang yang tinggi..

Kolam besar ni kitorang yang conquer.
Tak ada orang langsung time ni jam da 1 pagi and esoknya hari Isnin..
So memang tak ramai orang..

Yang kolam hat ni dia tak rasa panas sangat.
Suam biasa je..
Kawasan panas sikit dekat sumber pam dia tu.. dekat tempat ibu syam rendam kaki tu.
Situ panas sikit..

Ok la..
Nak masuk ke Kolam Air Panas Gadek ni hanya RM5 seorang..
Kanak2 bawah 6 tahun FREE.
And kolam air panas ni open 24 jam.

Ok.. itu saja..
Inshaallah baik untuk kesihatan dalaman..

Jangan lupa singgah sini..
Sharing is caring..

tanya je syam kalau ada soalan

nur syamsina
013.647.2677

with love
syam

You Might Also Like

0 comments

Sila share pendapat anda..thanks!

Popular Post

Recent Posts

Paid Ads

Total Pageviews

Paid Ads