Jalan Jalan Japan : Kedai Bundle Jepun paling besar dan paling murah di Malaysia!

09:22:00

Sempena hujung tahun ni..
Ramai tengah cari YEAR END SALES (YES)..
Haaaa.. sama lah syam..
Tapi yang ni syam tak mau cakap pasal YES..
Syam nak cakap pasal satu kedai ni barang2 nya ya amat murah giler laaa!
Sebenarnya.. tadi syam pergi ONE CITY..
Sebab da 4 bulan tak pergi sana (selalunya every month pergi sana keikeikei)..
Saja jalan2 pergi sana..
Syam perasan..
Ada new shops dalam One City Mall tu..
namanya..

Jalan Jalan Japan (3J)

Kedai 3J ni merupakan Kedai Barangan Bundle Terbesar dari Jepun di Malaysia..
Bila masuk je..
MasyaAllah!
Rupa2nya kedai bundle barangan dari Jepun..
Harganya pon..
Memang murah ya amat tau!
Masuk situ macam tak nak keluar sebab semua part nak pi explore.
Rambang mata..
Nafsu kena kawal ok..
Lagi2 hat perempuan..
Sabar naa..
Bawa2 berucap kejap..
Beli apa yang perlu and pilih yang elok and betul2 nak guna saja..

Dalam One City ni..
Jalan Jalan Japan Shop ni ada di tingkat A1..
Kompem boleh cari sebab kedainya besau and dari eksklator pon boleh tahu kedainya mana satu..



Jalan Jalan Japan Shop ni ada 1 tingkat setengah..
Pergi je tingkat atas.. Macam2 barang ada juga..
Ada barangan baby seperti.. stroller, baby car seat, swinging baby chair, bed tools, sports, gym stuff, handbag, belt, jeans extra size, shoes and baju2 untuk extra size..

Syam memang tengok semua barang2 dekat situ memang murah dan berbaloi..
Barang2nya masih elok lagi.. kalau ada rosak pon sikit2 je.. maybe ada some scratch ke haa gitu..
yang pasti.. semuanya bersih belaka..

Seluar jeans extra size tak lebih rm50..
Ada yang masih baru hanya reject dari kilang jer..

Barangan gym ni range rm15-rm180 jerr..

Shoes ni syam xmuat sebab kaki orang jepun kecik2..
Kalau size 4-6 tu boleh la try..
Tapi kena tengok juga..
Ada je certain tu size 7-8..

Mostly beg2 ni range harga RM5-RM50..

Beg Golf berjenama ni hanya RM30 jerrr!

Kayu Golf ni biasa sebatang dalam RM98-RM150..
Tapi ni sebatang RM20..
Barang preloved tapi nampak elok lagi..
Ada barang2 sports yang lain macam raket squash, badminton, roller blade, helmet untuk dewasa kanak2 and macam2..
Harga range dalam RM15-RM50 jerrr..

Stroller and baby car seat nampak macam baru and elok2 lagi..
Range harga dalam RM80-RM150 jerr..

Untuk tingkat bawah Jalan Jalan Japan ni..
Macam2 ada..
Ada part2 dia..
Memang besau..

Baju2 budak yang siap di susun ikut ketinggian..
So, memang mudah nak cari size baju anak2 ke..
Cantik2 lagi ok..
Banyak baju sebenarnya..
Tapi syam more focus pada mainan..
Kemain kan..

Mainaan kecik2 lan..
Kereta2 mainan, motokar, robot2..
Semua original.. And dipisahkan satu2..
Harga RM5 ada.. RM6 ada.. RM8 ada.. Paling mahal pon dalam RM15 je..
Kena pandai cari la ye..
Boy kids, abang2 and bapak budak mesti berkelompok dekat sini..

Barangan animae yang original yang harga beratus2 and beribu tu di tempatkan di dalam kebok kaca di depan kaunter kedai Jalan Jalan Japan..
Yang ni masih baru tapi rejected dari kilang..
harga teramat murah dari pasaran..

Handbag 100% original authentic pon ada ok seperti Louis Vuitton, Coach, Marc Jacobs, Michael Kors and lain2 semuanya murah2 belaka di  Jalan Jalan Japan..
Semuanya preloved and masih dalam keadaan tiptop..
Purse ada, wallet ada, jam tangan lelaki perempuan ada, belt ada, sunglass ada and hiasan yang original yang lain..
Harga semua paling mahal pon seribu jaaa..
Paling murah RM200 jaaa..
Pengsan makkk oiii!
Geram tengok barangan original nihh!

Bekas2 tupperware original..
Mangkuk Kaca Hiasan yang cantik2..
style ala2 jepun semua ada dekat sini..
Original tapi murah!

Ada juga barangan seramik, hiasan dalaman rumah and deco2 yang kecik2 ada besar2 ada..
Semuanya murah2 laa..
Yang pasti tak ada over RM200 lagi..

Mainan yang hat mahal2 selalu jual tapi di Jalan Jalan Japan ni murah jer..
Tak lebih dari RM100 pon..
Macam Fisher Price, PlaySchool and macam2 board game piano, biola, and mainan kecil2 lan semuanya murah giler.
Selalu mainan kecik2 tu sebijik da RM10..
Ni they all satukan dalam plastik campur2 dapat la RM10 untuk 5 bijik..
Yang besar sikit ada la dalam RM20 untuk 6 bijik..

Range harga untuk yang board game ni kebanyakan harga dalam RM30-RM80..
Kalau hat mainan besau2 tapi murah giler contoh macam RM10 ke..
Mesti mainan tu da tak boleh main da tapi keadaan fizikal masih elok..
Maksud syam kalau pasang bateri mesti da tak boleh function..
Hanya display je bole la..
Kena pandai pilih..
Dekat sini syam da duduk research dengan papa afia dalam 2 jam..
Over kan..
hahahha uolls syam tak tahu laa.. maybe lagi lama kot.. keikeikeeiki..

Siapa peminat komik animae..
Semua ada di sini yea..
Syam of course la minat Detective Conan..
Tapi yang tak bestnyer bahasa jepun la komik ni..
keikeikei...

Mainan besau2 ni memang fevret syam and afia..
Haa kitorang rambang mata kat sini..
Nasib laaa mostly mainan ni afia da ada kalau tak da rembat semua..
Murah juga laa..
Barang2 mainan baby..
Gantung2 bagai tu dalam RM20-RM50 jerr.. Tak lebih dari tu..
Mainan besau2 macam dalam gambau ni..
Range harga dalam RM50-RM180..
Cuma mainan 3 in 1 Buaian Panjat2 Gelongsor tu RM300..
Murah juga sebab besau and nampak masih baru n kukuh!

Teddy bear and macam2 jenis patung..
Besar ke kecik ke..
Original ke..
Harga memang murah..
Range hanya RM5-RM20 sahaja!
Yang extra large teddy bear tu harga dalam RM50-RM80 jerr..

Banyak cantik2 and rambang mata naaa...
Kompem mak2 anak2 meroyan dok sini..

Jacket2, Cardigan, Blouse preloved dari Jepun yang kebanyakannya masih elok, baik lagi and bersih semuanya harga murah2..
Range dalam RM5-RM20 jerr..
Kalau yang mahal sikit tu maksudnya baru yang kena rejected dari kilang la tuhh..

 Sempat la tangkap macam2 jenis permainan tadi..
Kalau boleh nak stay lama lagi dalam Jalan Jalan Japan Shop ni sebab tak perabes explore lagi..
lagi lama lagi banyak barang di beli.
Percayalah!

Tengoklah si kecik afia amani ni..
Terus rembat apa yang dia suka..
Kemain kan..
Lilo Stitch ni masih baru lagi hanya kena reject jerr dari kilang.. RM150..
Harga asal RM200..

Disney POOH ni original and masih baru hanya RM15 jerr..
Bestkan..


Piano besar nih RM10 jerrrr!
And ada macam2 jenis piano, alat2 muzik yang masih elok and cantik2..
Tak boleh berfungsi nihh..
Beli sebab afia suka tekan2 jer..
Kemain dia taknak lepaskan..
Ambik jela kan..

Hockey hand ni papa afia yang suka..
Kemain kan..
RM20 je and masih elok cuma ada barang sikit2 yang tak lengkap..

Ada juga baseball game.. football game..
Macam2 laa..
Memang best..
Murah2 jer..
kalau buka kotak ada barang tak lengkap ke apa.. Redha jela..
Sebab da namnya preloved and beli dengan harga murah giler kan..

Semua 4 barang besau2 ni tak sampai RM200 jerr..
Ok what..
Bagi syam puas hati..
Sebab afia main sekejap2 lepas tu dia da bosan nak mainan lain..
Baik beli preloved je..
Jimat and lepas tu boleh jual balik if masih elok n kalau da tak nak pakai..
keikeikei..



Ok laa..
Sekian saja review dari Mama Afia..

Must datang lagi shop Jalan Jalan Japan (3J) ni!
Lepas ni kompem meletop2 la viral pasal kedai nihhh!
Datang One City before lepas pergi Sky Park jemput2 mai singgah Jalan Jalan Japan nih k..
Cuci Mata, Hati, dan Poket dekat sini..

Sina Shaari
013 647 2677

Agak2 orang melaka nak kirim ke apa..
Boleh roger2 syam..

Sharing is caring..
Mohon viralkan..
Ada nak tanya komen bawah takpon whatsapp jer..

with Love
SYAM

You Might Also Like

0 comments

Sila share pendapat anda..thanks!

Popular Post

Recent Posts

Paid Ads

Total Pageviews

Paid Ads