Beberapa Perkara Yang Perlu Ambil Tahu about Virus ZIKA dan Cara Mencegahnya

08:03:00

Kini VIRUS ZIKA telah menyerang MALAYSIA!!!


Ancaman Zika dah di confirmkan menyerang Malaysia apabila seorang wanita dari Klang yang baru pulang dari Singapura disahkan positive sebagai kes pertama di Malaysia..
Anak wanita berkenaan di Singapura dilapor turut dijangkiti virus Zika namun ujian terhadap husbandnya yang turut sama ke Singapura adalah negative.

Disebabkan kes ini, ramai rakyat Malaysia semakin bimbang ekoran penularan kes Zika di negara2 jiran..
Di Singapura, seorang wanita hamil antara 24 kes terkini yang dikesan di sana menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 115 kes di Republik itu.

Di Thailand, jumlah kes Zika meningkat dengan 97 orang didiagnosis dengan penyakit itu dalam tempoh separuh tahun ni.

VIRUS ZIKA DI KESAN BUAT KALI PERTAMA PADA MONYET PADA TAHUN 1947 DAN TERSEBAR SECARA BESAR-BESARAN DI AMERIKA.

Seriously, before ni hanya tengok dekat TV virus Zika ni menular di negara afrika selatan.. And memang bersimpati sangat bila tengok baby sebagai affect jangkitan virus Zika pada ibunya ketika hamil.
Memang gerun. Lagi menggerunkan bila penyakit ni da serang ke Malaysia..
Sekarang ni, kena stop untuk trave ke negara2 jiran da.

Sebelum ni tak berapa nak aware about Virus Zika. Sekarang da kena aware betul2 la..Dekat sini, ada beberapa perkara penting yang perlu weolls tahu about Virus Zika.

APA ITU VIRUS ZIKA?

Uolls mesti nak tahu kan, apa benda la virus zika ni sampai buat orang trauma n fobia.. Actually, demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus ZIKA (ZIKV).
Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.



APAKAH SIMPTOMS JANGKITAN VIRUS ZIKA?

Penyakit ini mempunyai tanda2 menyerupai demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitits serta ruam.

Di Brazil, ia dilaporkan terdapat peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom mikrosefali (microcephaly) atau otak kecil dan buat masa kini belum lagi diketahui penyebab sebenar kejadian itu.

Simptoms Virus Zika

APA ITU MICROCEPHALY?

Satu kecacatan yang dikaitkan dengan kepala yang kecil dan perkembanganotak yang tidak lengkap pada bayi yang baru lahir.

Sindrom Microcephaly disebabkan virus Zika akan menyebabkan kanak-kanak or bayi  berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kercerdasan otak seumur hidup.

APAKAH PERBEZAAN BAYI VIRUS ZIKA DENGAN BAYI NORMAL?

Kepala bayi kelihatan lebih kecil dari bayi normal and kepala akan kelihatan lebih kecil..

BOLEHKAH JANGKITAN ZIKA DI RAWAT?

Pada masa ini, tiada vaksin untuk mencegah daripada jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Zika ini.

Wanita yang hamil or planning untuk hamil  perlulah elak kan diri daripada gigitan nyamuk.

BAGAIMANAKAH IA MEREBAK?
Disebarkan melalui nyamuk aedes - bergantung pada spesies.

Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika.
Aedes jenis imi ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.
Namun baru2 ini ia juga ditemui di Washington DC yang bercuaca panas.


Aedes jenis albopictus dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh mengenainya.
Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas.

Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja.
Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk jadi nyamuk dewasa.


SIAPA BERDEPAN RISIKO PALING TINGGI?

Bayi dalam kandungan paling berisiko sekiranya si ibu dijangkiti virus Zika.
Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Bayi yang dilahirkan dengan sindrom mirocephaly.

BAGAIMANA LANGKAH PENCEGAHANNYA?

Berikut langkah-langkah yang dikemukakan oleh KKM:

~ Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang.

~ Menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu.

~ Elakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh.

~ Sekiranya terdapat individu dengan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran.


Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pihaknya akan terus mempertingkatkan pemantauan jangkitan virus Zika di Malaysia.



Haaa.. Pada masa yang sama, weolls semua juga kena sama2 mencari dan memusnahkan tempat2 pembiakan nyamuk aedes bagi mengurangkan tempat pembiakannya especially di kawasan rumah masing-masing dan persekitarannya.

KEMPEN KEBERSIHAN dan GOTONG ROYONG perlulah di buat sekali atau dua kali setiap minggu.
Better buat on weekend setiap hari Ahad ke.
Seronokkan sama2 bergotong royong bersihkan taman perumahan masing2 dengan jiran tetangga.
Inshaallah sama2 sihat dan bebas dari nyamuk aedes di area rumah uolls..

JOM AHAD ni..!!! Kalau jiran2 tak nak. Kita start dulu gotong royong..
Bersihkan halaman rumah sendiri dulu ok..

Mohon2 la share and sama2 aware about Virus Zika.
Maybe tak kena pada kita lagi, so kita perlu mencegah. Itu lebih baik.

With Love,
sYam..
01110639385

You Might Also Like

0 comments

Sila share pendapat anda..thanks!

Popular Post

Recent Posts

Paid Ads

Total Pageviews

Paid Ads