Cara Jaga Makan Ikut Cara Rasullullah SAW : MAMA AFIA

07:43:00

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Syam baru lepas makan.
Lately ni banyak dapat mesej orang minta tips macam mana nak jaga makan.
Almaklumlah. Surirumah or golongan momm2 ni mestilah nak masak cara yang terbaik untuk family kan.
Sometimes tak boleh main masak je apa yang kita suka walaupun tu da jadi kebiasaan masing2 sejak kecil.

Sebabkan ada request.
So syam share la sikit apa yang syam research.
BACK TO BASIC.
Cara Pemakanan yang terbaik ialah berasaskan makanan ikut Sunnah Nabi je.

Sebenarnya, tanpa kita sedar, dalam makanan yang kita makan sehari2, kita tak boleh main balun je.
Sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan penyakit dalaman yang lain2 apabila kita tua nanti.

So, nak mencegah diri daripada sebarang penyakit memang kena start from now.
Ikut diet Rasulullah SAW.
Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya seharian.
Bayangkanlah, bila sudah sakit, banyak kos yang sanggup kita perabeskan demi nak dapatkan kesihatan.
Tanpa kesihatan yang optimum, susah lah nak buat aktiviti seharian.

Nak jaga kecantikan pon, semuanya bermula dengan kesihatan.
Kesihatan dalaman terjaga, inshaaAllah semula jadi kecantikan seluruh terjamin!


Pemakanan ikut Sunnah Nabi. InshaaAllah buatkan kulit and badan awetmuda tanpa perlu pakai sebarang produk.

CARA JAGA MAKAN IKUT SUNNAH NABI.

Back to Basic.
Ada certain masakan yang perlu kita elakkan dalam menu harian.
Tapi, tak semua yang perasan dan ambil kira about ni.

Antara makanan yang perlu kita elakkan.

Ikan dengan telur.
Dalam masakan elakkan ikan bercampur dengan telur.
If menu ikan. Elakkan masak telur kalau boleh.


 Daging bercampur dengan ikan.
So, nak masak, pilihlah salah satu menu ni ye.

Susu dengan ayam.
Elakkan makan ayam masak dengan susu ok.


Susu dengan ikan.
Kita dengar pon da meloyakan.
Ini akan buatkan kita cepat dapat penyakit.
Nanti syam explain ok.


Susu dengan daging.
Susu dengan daging memang tak elok and boleh buat kita sakit perut.


Susu dengan cuka.
Sometimes tengah masak kita tak sedar letak cuka dalam masakan yang ada guna susu.
So, elakkan juga benda ni.


Buah dan susu. 
Selalunya koktel la.
Syam memang tak boleh telan koktel ni. Syam wonder macam mana uolls boleh telan koktel ni erk.



Sebenarnya, dalam Quran ada melarang kita makan makanan bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu kerana di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala ikan mengandungi ion (-), jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan makan terjadilah tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usu kita.

Untuk makan juga ada pantang larang yang perlu kita ambil tahu.
Sebab kebanyakannya semua ikut cara yang tak elok dan menjadi kebiasaan.
Dan ini semua cara Rasulullah SAW jaga pemakanannyaa seharian.
Antaranya:

- Jangan makan buah selepas makan nasi,sebaliknya makan buah sebelum makan nasi.
Ini penting untuk sistem penghadaman atau digestion dalam usus.
Buahan penting untuk mempercepatkan sistem digestion and penghadaman akan jadi lebih lancar.
Contoh buahan yang terbaik ialah betik, epal, blackberry, tembikai, strawberry, pisang, nenas, jambu, oren dan anggur.


- Tidur 1 jam selepas makan tengah hari.
Jangan lepas makan terus tidur.
Itu membuatkan sistem penghadaman tidak selaras.
Tidur ni penting untuk restkan usus kita selepas buat penghadaman.
Waktu ini adalah yang terbaik.

- Jangan sesekali tinggal makan malam.
Sesiapa yang tinggal makan malamnya akan di makan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.

Ikut kajian saintifik, ini benar2 berlaku especially pada mereka yang diet.
Ramai amalkan makan waktu siang saja tapi makan malam they all elakkan.
So, bahaya ok!
Elakkan skip makan malam uolls.
Ini juga penting untuk sistem penghadaman berfungsi dengan baik ikut waktunya.

Dalam Al-Quran juga ada mengajar kita untuk menjaga kesihatan seperti membuat amalan2 berikut :

- Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang2nya sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksiakn orang yang amalkan mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. Selain itu, minda lebih cerdas n badan lebih cergas.
Patotlah tengok pak cik2 yang tua yang selalu pergi ke surau tu kuat2 semuanya.
Semoga kita pon boleh sama2 amalkan untuk kesihatan berpanjangan supaya boleh menambahkan lagi amal ibadah seharian. InshaaAllah.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan ais) setiap pagi. Mujarab untuk jauhkan diri dari penyakit. Dan elakkan diri dari cepat sakit. InshaaAllah.
Macam syam, memang akan buka peti ais untuk minum air sejuk je lepas bangun tidur.

- Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu time bersujud sekurang2nya seminit/lamakan waktu sujud dengan membaca doa)
Ia boleh mengelakkan diri dari sakit pening atau migrain.
Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu banyakkan bersujud.
Ahli2 sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

-Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan instead of guna sudu. Dan selepas habis makan hendaklah disunatkan menjilat jari.
Ahli saintis telah menjumpai enzyme banyak terkandung di celah jari jari sebanyak 10 kali ganda yang terdapat dalam air liur. (enzyme ni sejenis alat perncerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).
So, ajar lah anak2 kita dari kecil untuk makan guna tangan dan jilat jari lepas makan.

- Banyakkan puasa berpuasa. Dengan berpuasa, akan membaikpulihkan sistem enzyme dan segala sistem dalam badan kita.Boleh kawal nafsu makan kita. Diet yang paling digalakkan n ikut sunnah nabi. Boleh tingkatkan keupayaan badan n baiki hormon. Membantu detoxification. Yang penting boleh kurangkan tekanan darah dan boosterkan immune dalam badan. Inshaallah.


- Selain dari itu, boleh juga amalkan makan buah kiwi atau kurma sebelum makan. Ini membantu kurangkan darah tinggi dan mencegah tekanan darah. Inshaallah.



Siapa yang dah amalkan tu bolehlah istiqamah.
Yang belum sama2 la kita perbaiki.
Cara2 ni semua tertulis dalam Al-Quran.
BACK TO BASIC.
Betulkan yang biasa and biasakan yang betul.
Semoga sama2 boleh amalakan  sunnah nabi and hidup sihat berpanjangan.

Semoga sama2 dapat manfaat dari entry ni.
Any komen, nak tambah idea and tips, jangan segan silu untuk share dekat ruang komen ok.

Jangan lupa add facebook syam.

NUR SYAMSINA

With LOVE,
sYaM

You Might Also Like

0 comments

Sila share pendapat anda..thanks!

Popular Post

Recent Posts

Paid Ads

Total Pageviews

Paid Ads