Cara Didik Anak Supaya Behave Sejak Kecil by MAMA AFIA

13:06:00


Anak yang behave memang menjadi idaman buat semua parents di dunia ni.
Ramai mommy2 daddy2 yang nakkan anak masing2 semuanya jadi behave dan dengar kata.

Especially for those yang baru sahaja bergelar parents.
Selain preparation dari segi fizikal dan mental.. 
Ilmu about parenting juga amat penting untuk di ambil kira.
Supaya dapat mendidik anak2 dengan cara yang betul sejak kecil lagi.



Syam memang banyak persoalan bermain di benak fikiran ni time afia 10 bulan. 
Mesti mommy daddy pon ada juga persoalan macam syam juga kan?

Macam mana nak tahu?
Macam mana nak didik anak dengan cara yang betul mengikut usia dan perkembangan anak2?
Macam mana nak tahu anak cepat belajar ke tak?



Syam memang agak nervous untuk didik afia since afia da start makan. 
Seriously, agak mencabar juga sebab time tu afia start membesar.
Sebagai usaha untuk buat yang terbaik untuk pastikan perkembangan minda afia mengikut level.
So, syam ada la buat beberapa bacaan, research, kaunseling and nasihat dari yang pakar.
Syam akan share beberapa tips yang memang betul2 menjadi based on pengalaman syam mendidik afia. Sejak 10 bulan sampai la sekarang setahun 7 bulan.

Ada banyak points yang syam nak share.
So bolehla follow mana yang mampu and ikut masa dan kesesuaian masing2.


Afia amani memang da biasa berjalan keluar sejak lepas pantang lagi. Syam da bawa jumpa customers syam. Bukan tak nak hantar taska tapi semua tu bersebab.
Ramai kata macam mana syam buat. Almaklumlah.. Ada cakap leceh.
As long as u jadi mama.. maka keep be strong forever la yea..hehe..

This way in future nanti.
Supaya dia tak takut pada surrounding yang ramai orang, supaya anak lebih friendly, tak buat perangai or melalak on public.



Untuk ajar afia supaya jangan ambil anything yang orang tak dikenali bagi dekat dia. Syam time mula nak ajar memang take time. Syam bagi biskut dulu dekat afia, syam bagi by duduk bercangkung n selaras dengan level dia. Yups.
Pastikan eye contact tu ada.
Syam buat ulang2. Everytime nak bagi something dekat dia, syam akan buat macam tu sampai dia da boleh faham sendiri.
Time afia dulu amek masa 4 bulan la untuk diafaham supaya ambil something dari mama n papa dia je. 
Buat konsisten dengan penuh sabar, dedikasi n kasih sayang ok.


Afia tak pernah menangis, menjerit or buat perangai on public.
Time ni afia 7 bulan.And syam bawa dia first melawat The Curve. Hehe..
Rindunya moments ni.


Biasakan benda natural seperti pasir, rumput.
Sebab natural things ni boleh stimulate sense of touch anak2. Supaya cepat berfikir and bertindak.

Syam suka bawa afia main dekat padang depan rumah and bila balik melaka je mesti wajib bawa dia main pasir dekat pantai.
Biarlah comot.
Comot sekejap je. As long as dia happy and boleh belajar something baru and adventure baginya.

Afia 6 bulan syam da biasakan afia dengan pasir.

Sebab kan syam meniaga. Benda yang selalu syam and biasa dia nampak ialah kalkulator and barang2 syam jual.
Kenalkan 3 barang yang biasa and selalu kita pegang.
Sebab benda tu dia akan ingat sampai bila2.

Afia baru nak main kalkulator ni..

Syam pernah keluarkan 3 barang depan dia. Time tu gincu, kalkulator and kunci. Dia ambil kalkulator first sebab matanya akan pandang kalkulator dulu. Benda biasa dia tengok.
Itu cara nak tahu yang fokus dia baik atau tidak.
Hehe..

Afia tolong susun barang.
Sebab dia biasa nampak mama susun #mineralcoffee #minkaffe #coffeecurus ni..
So dia da boleh follow apa yang kita buat hari2.
Tapi kena tunjuk depan dia hari2.

Lagi bagus cari attention dia supaya dia peka.
Walaupun kita tak nampak lagi respond dia.

Contoh macam ni,
First time..
"Afia!!!
Kotak2 ni nanti susun macam ni tau."

Second time..
"Afia!!
buat macam ni ye barang mama nanti"

third time
"Afia!!
Mama tengah susun barang mama ni"

Dengan syarat, panggil nama dia macam kita tengah cakap dengan dia.
Seriously! Cara ni amat berkesan. Walaupun afia baru 10 bulan..
Buat hari2 and banyak bercakap dengan dia lagi cepat dia belajar.

3. Cara nak ajar something new. First experience. Bezakan barang.

Yang ni totally kena kesabaran tinggi and jangan sesekali marah or pukul or cubit anak ok.
Sebab bagi dia, minda tengah fresh. So, apa yang dia nampak  semuanya tu makanan bagi dia.
Its normal anak2 ambil barang and masukkan dalam mulut. Sebab dia baru belajar nak makan. 
Means everything yang baru bagi dia is makanan.

Cuma.. Cara macam mana nak ajar anak bezakan semua tu.

Masa afia 10 bulan everything syam ajar serentak dan berulang kali.

Actually time ni pakar kata, kena stimulate semua sense yang basic.
Sense of touch, hear, see, talk, respond and else.

Apa yang kita buat seharian sedikit sebanyak memberi support untuk anak belajar.
Contoh, cara kita bercakap.
Time ni syam akan bercakap dengan afia pastikan matanya pandang mata kita. Its normal anak akan pandang dekat tempat lain.
Jadi, kena pandai ambil attention dia time kita nak bercakap dengan dia.
Buat la tanpa jemu sampai dia da boleh pandang mata kita time kita bercakap ok.

Eye contact time bercakap dengan afia pon penting. 
Sebab tu kena lah bercangkung if nak bercakap dengan dia.
Selain boleh improve dia punya daya pendengaran.


Kalau terpaksa bercangkung lama2 untuk bercakap dengan afia pon mama sanggup..

Cara terbaik untuk bercakap dengan anak.

Cara mendengar.
Syam selalu cakap ulang2 dengan afia.
Time baru2 nak gerakkan sense of hear dia.
Kita kena banyak membaca and bercerita dengan dia.
Benda sama.
Contoh macam ABC.
Syam hanya baca ABC je dekat dia.
Sampai dia boleh tunjuk respond positive or interesting untuk dengar kita bercakap.

Selalu budak time nak belajar dia akan cepat bosan.
So amek masa 3-5 saat je and buat kerap.

Paling bagus time before tidur and time tidur.
Time tidur tu sambil usap kepala boleh baca ABC, nyanyi lagu ke, baca doa ke n cakaplah I LOVE U dekat dia.
Time ni memang deria budak memang POWER!

Syam da biasakan afia dengan buku sejak 6 bulan. Mula2 memang masuk mulut. Tapi lama2 kita ajar dia, dia da tak buat da.
Kena konsisten la.
Sebab tu masa ni kita kena rapat dengan anak.
Kita boleh nampak perkembangan anak step by step and apa yang dia lemah.

Macam mana?

Setiap kali afia masukkan buku dalam mulut, syam akan halang and sambil cakap dengan nada tegas "NO AFIA! Tapi buat macam ni". (sambil ajar dia buka buku tu)
Buatlah tanpa jemu..
Tak kesah barang apa dia nak bawa mulut, kita kena halang and show cara betul. Sampailah kita sendiri akan perasan dia da tak masukkan barang dalam mulut dia da everything dia pegang. Hehe..
Memang letih tapi worth it.

Syam juga buka lagu2 kids yang rancak2 tu dekat TV. Kalau ada smart tv and wifi bole open you tube ok.

Buka lah lagu BADANAMU SONGS ke, KIDS JUST DANCE ke, GUMMY BEAR ke or else..
Bila dia selalu dengar nanti lama2 kita akan perasan dia akan bergerak sendiri ikut rentak lagu.
Sangat penting untuk gerakkan semua anggota badan anak walaupun anak tak pandai berjalan lagi.
Gerakkan segala otot and anggota anak2 akan cepatkan lagi perkembangan minda anak and badan cergas.
Kita kena pantau ok mommy2 daddy2..


Afia with her favourite dance song "Gummy Bear"
Berjoget sakan haaa...

4. Bermain bersama. Belajar bersama. Buat aktiviti together.

Ini juga penting. Everything kita kena buat sama. Senang citer kita buat aktiviti sekali dengan dia.

Contoh laa..
Time bermain, kita main sama2. Kita spend masa dengan dia sejam sampai dua jam pon jadilah. Tak payah lama sangat nanti leka.

Lagi sekali jangan bagi dia main ipad or fon.
Sebab akan limitkan daya penglihatan n daya pemikiran.


Buat lah macam2 aktiviti yang menarik.
Education learning.
Bole buat dr barangan terpakai kalau rajin n kreatif.
Takdepon type je dekat ig, educational toys..
Banyak mainan yang terapkan unsur tingkatkan minda, motor skills, sense skills, learning skills and kreativiti.

Kita spend time bersama2 la bermain.
Kira duit and masukkan duit dalam tabung. Kita buat and kita ajar dia.
Macam mana?
Guna teknik show & teach.
Mula2 kita show dia macam mana nak buat. Lepas tu,
Kita pegang tangan dia ambil coin and masukkan dalam tabung.
Buat la hari2.

Boleh juga ajar dia untuk ambil manik yang pelbagai size and masukkan dalam bekas.
Ini memang boleh tingkatkan daya fokus, sabar and motor skills dia.
Kita pon boleh tambahkan kesabaran kita if kita selalu buat pelbagai aktiviti dengan anak2.
Ingat dulu time nak kenalkan afia dengan manik.
Nak ajar dia pegang manik pon payah.
Hehe.. Tapi sekarang da pandai so jadi lega.
Tak ada masuk mulut.

Boleh juga kita membaca sama2 dengan anak.
Perasan tak orang barat suka baca dekat anak2 they all time before tidur.
Sebab time tu sangat bagus untuk tingkatkan daya imaginasi n kreativiti anak2.
Kena rajin la ok.
And pastikan sejak umur 9 bulan da biasakan anak dengan buku.

Afia suka buku style colourful and luar biasa.
Mama afia beli dekat BigWolf.
Banyak buku yang menarik and boleh merangsang and tarik perhatian anak untuk suka akan buku.


Sometimes syam akan ajar afia pegang pensil.
Kalau dia tak nak, jangan paksa ok.
Sebab nak biasakan dia menulis.
(kalkulator kesayangannya wajib ada bila pegang buku)

Ajar dia membaca kad ABC and number.
Biasakan baca hari2 bagi dia ingat and terbiasa.
Nanti lama2 dia da boleh follow sikit2.

Layankan afia tengok gambar2 dalam buku.
Salah satu cara untuk menarik minat anak dengan buku ialah buku bergambar.

Ajar makan sendiri guna sudu.
Better kita suapkan nasi sebab akan lebih chemistry nanti..
Syam ajar supaya dia boleh gunakan sudu untuk makan.
Selalunya afia akan main2 time makan.
So, its normal.
Biarkan dia main2 and berterabur.
Seronok tengok diorang makan sepah2 sebenarnya.
Kita kena pantau la.
Jangan over sepah ok.

Selalunya syam biasakan afia variety cara.
Suap sendiri guna sudu. Suap sendiri guna tangan.
Syam suapkan guna tangan and syam suapkan  guna sudu.
Ikut keadaan dan masa.

Syam ajar biasakan afia dengan duit n tabung.
Nampak je duit terus cari tabung dia.
Hehe..

Mandi sama2 dengan dia.
Main sama2 dalam air.
Layankan apa dia nak buat sambil pantau.

Main sekali dengan dia.
Dia akan rasakan diri kita juga as kawan2 dia.
Kena jadi sporting juga la ye mommy2 daddy2.
Tak ada masa kena adakan juga masa untuk bermain sekali bersama2.
Time ni jela peluang kita nak main macam budak2..
ekekeke..


Dengarlah apa yang anak bebelkan.
Layankan dia.
Ikutlah bahasa apa dia cakap.
If kita respond seriously buat anak makin excited untuk belajar lebih lagi.
Layankan afia tengah berangan depan cermin sambil menyanyi.


Permaianan paling afia suka ialah tekan2.
Everything yang boleh tekan2.
Keyboard, piano, kalkulator, remote, telefon.
Sebab tu banyak mainan tekan2 dia..
Afia tak suka bebear or anak patung ok.
Nanti bezday afia auntie2 uncle2 jangan bagi mainan tu tau..


Hasil art afia and mama.


Aktiviti paling afia suka ialah..
Main water color dengan barang2 semula jadi.
Syam biasa gunakan sayuran.
Memang afia seronok sangat main ni.
Kentang syam bentukkan, carrot pon potong ikut shape kita nak, and berus guna kacang buncis je.
Syam pon seronok spend time dengan afia main water color.
Comot pon takpe.
Janji dia seronok and dia akan lebih appreciate kita nanti.

Satu lagi aktiviti yang selalu taska afia buat ialah main tepung.
Konon main baking2 katakan.
Pelbagaikan aktiviti yang menarik.
Semua aktiviti  tu boleh tingkatkan perkembangan minda, otak, daya imaginasi, daya kreativiti dan motor skills anak2.
InshaaAllah.

Janji. Kena buat hari2 atau ada schedule aktiviti harian.
Itu lebih baik.

Cik afia suka juga mainan ada muzik and joget2 ni.
Macam Minions ni. 
Afia buat collections dia sendiri.
Memang menarik.

Banyak sebenarnya aktiviti yang kita boleh spend together dengan anak2.
As long as kita buat konsisten, pelbagaikan aktiviti and buat bersama2.
Banyakkan bersabar, konsisten, happy, ikhlas, jangan marah tapi tegas dan penuh kasih sayang melayan anak2.

Tak kesahlah anak2 sepahkan rumah ke.
Kalau macam syam.
Syam akan amek satu sudut or satu bilik untuk afia bermain and sepah2 kan barang dia..
And jangan lupa ajar dia lepas bermain untuk kemas balik.Gunakan teknik yang sama. Iaitu show n teach.
Kalau dia tak nak jangan paksa.


Banyak aktiviti sebenarnya kita nak spend dengan anak2. Benefit sangat untuk yang surirumah, mompreneur or freelancer.
Sebab ada masa yang banyak dengan anak2.
Pandai2 kena bahagikan masa and tanggungjawab masing2 ok.

5. Biasakan anak dengan binatang or benda2 yang realistik.

Benda yang tak realistik macam patung tu sebenarnya tak elok untuk perkembangan minda.

Sejak afia kecik lagi syam da biasakan dengan kucing.

Ramai yang cakap. Kotor lah. Habis berhabuk bulu semua. Nanti kuman la. Takut kena cakar ke.
Benda tu semua normal.
Mana2 pon ada sebenarnya.
Actually kucing memang tak buat apa2 dekat budak. Kucing and budak2 memang chemistry sangat power.
So kita sendiri kena pantau mana yg baik or tak.
Jangan lupa ajar anak cuci tangan setiap kali pegang kucing.
Nanti dia akan terbiasa sendiri.


Lepas afia main dengan kucing2 automatik afia akan hulur tangan dia.
Minta dibasuh.
Bila kita da biasakan dari awal kenal2 binatang, sayang binatang.
Nanti dia sendiri automatik akan ada sifat penyayang.
Walaupun mula2 anak agak ganas sikit dekat kucing.
So kena ajar and pantau time anak bermain ok.
Kalau tak pantau, nanti benda tak betul yang dia biasa buat akan jadi terbiasa sampai bila2.
haaaaa faham kan..
Guna konsep macam ni.
Betulkan yang biasa and biasakan yang betul.

6. Ajar and biasakan benda basic aktiviti seharian dekat anak.

Contohnya macam mengemas rumah, membuang sampah,sapu sampah, basuh tangan, basuh mulut before and after makan, kemas barang lepas guna, berus gigi, melipat, membasuh and macam2.
Setiap kali nak buat semua benda ni syam akan ajak afia n buat together.

Rajin tak afia. ekekekee. Berlakon je ni..

Macam mana nak ajar?

Gunakan teknik show & teach.


Afia da pandai da buang sampah dalam tong sampah since afia umur satu tahun 4 bulan.
"Afia, tolong buangkan sampah ni dalam tong sampah"

Sambil tunjuk sampah dekat dia and tunjuk tempat tong sampah dekat mana.
Buat hari2.

Time mula2 nak ajar tu payah juga la. Kena pegang tangan dia letak sampah dekat tangan dia. And bawa dia ke tong sampah and buang. Sampai dia bole pergi buat sendiri.
Sometimes ada juga masanya dia tak nak buang.
So, jangan paksa ok.
Hehe

Lepas buang sampah, dia akan tepuk tangan and nanti syam akan minta dia high five seround. 
So setiap kali suh buang sampah memang dia akan tepuk tangan.
Kita pon tolong sorak n tepuk tangan la dekat dia ok."Yayyyy!!!" 

Anak dara baru lepas tolong mama sidai baju.
Kemain lagi pakai kain batik.
Sibuk je request nak pakai kain tu.
ekekeke
Lepas ni boleh da bantu mama papa buat kerja rumah ye sayang!
Peace!


7. Jaga bahasa and tingkah laku.

Jangan SURUH tapi SHOW JALAN SELESAI.
Nak minta tolong ke apa mesti ada perkataan "TOLONG".
Nanti anak2 akan alert sendiri.
Time tengah nak membesar and belajar banyak benda ni memang anak2 akan cepat belajar and follow..

So memang kena berjaga2 bila bercakap n bertindak.
jangan sebut kata yang bukan2.
Jangan terlalu expose dengan budak2 yang terlalu negative or terlampau lasak or bad attitude.
Sebab dia akan follow.
Hati2 pada yang hantar anak2 ke taska.
They all terdedah dengan budak2 yang macam2 ragam.
So makin banyak benda dia cepat belajar n ikut.

If uolls mommy2 daddy2 bergaduh ke apa, jangan lah mengamuk tinggikan suara or baling2 barang sebab anak2 akan ikut juga.
Better jangan gaduh depan anak2.Or bawa berbincang elok2 dengan tenang.

Memang kena betul2 rapat time anak2 nak membesar.
If not nanti perangai anak lain macam dengan kita tapi dengan orang lain dia ok.
Careful ye.

Selalu tunjukkan dia perbuatan yang baik2.
Lepas ambil barang dari orang, say THANK YOU. TERIMA KASIH.
(Gunakan bahasa full ok. Jangan bahasa manja2 macam TERIMA KASIH jadi MACEH... Yang ni tak bole sebab takut anak2 confuse)

Before makan, ajar dia baca doa tadah tangan.
Syam akan cakap baca doa je. Afia da tadah tangan. Syam baca bismillah je dia da amin da.
Tak apalah, janji dia faham. DOA je kena tadah tangan.
Kalau anak2 da biasa apa kita ajar. So, teknik SHOW & TEACH ni SUCCESS!

Contohnya,SOLAT.
Setiap kali nak solat mesti syam akan ajak dia.
"Afia, ALLAHu AKHBAR jom!"
Dia akan follow kita.

Seriously mula2 dlu, dia memang akan main sekeliling kita time kita solat. Takpe. Biarkan je. Hari2 kita ajak dia solat.
Tak mengapa.
Lama2 dia akan faham sendiri and automatik akan follow kita solat.

Tak kesah la dia solat depan kita pon.
Janji dia da faham and boleh da follow kita.

Semoga besar sampai jannah afia jadi anak yang solehah buat mama and papa ok..

COMPLETE SUCCESS!

Last one, banyak ajar benda basic.
Contoh..
Say I LOVE YOU.

Sebut sambil tunjuk guna tangan.
Kalau gunakan nada yang berbeza2 atau rentak lagu ke lagi bagus and cepat ingat n mudah anak2 nak follow.

Papa n afia memang rapat time tido.
Sebab tido sepesen je kot.
Time anak tido, peluklah dia.
Da besar nanti tak dapatla nanti. keikeikei..

Setiap malam time anak tidur.
Say MAMA/PAPA LOVE YOU sambil usap n kucuk dahi or ubun2 anak.
Takpun bacalah doa yang baik2 untuk anak.



8. Bagi Reward dekat Anak2 if They All Buat Apa yang Kita Ajar

Setiap kali syam ajar afia and afia berjaya buat. Syam akan bagi dia aiskrim as a reward.
Afia suka aiskrim pop batang tu.
Sebab tu dekat rumah banyak stock ais krim pop tu ye.



Syam akan bagi separuh batang setiap kali dia ikut syam ajar.
If dia tak follow, syam akan cakap "No ICE CREAM TODAY OK!"
Maka memang tak ada ais krim sepanjang hari tu.
So, dia automatik akan alert.Ohh kalau ak tak buat mama cakap aku tak dapat makan aiskrim. Haa gitu la lebih kurang.
Memang kena ajar camtu ok.

Kalau geram sangat dekat anak2, mommy2 daddy2 pukul la bebear yang ada dekat rumah tu.Takpon jentik tapak kaki dia ke. Or rotan bahagian bawah kaki.
Sebab nanti boleh lancarkan peredaran darah and gerakkan sense2 supaya anak lebih tersedar dengan kesilapan.
Blood point kan dekat tapak kaki.
Kira macam refleksiologi juga la.
Ingat! Jangan sampai mencederakan anak2.
Jangan marah tapi tegas.!

Kalau anak menangis ke apa, jangan pujuk dulu.
Tunggu!
Bagitahu dia yang dia silap.
Jangan buat lagi and tunjuk cara yang betul dekat dia.
Lepas da ok sikit barulah kita pujuk and peluk anak ok.

Alololo, kesiannya cik afia nangis.

Time ni syam halang afia main pukul2 dekat cermin.
So, syam cakap dengan dia "Afia, NO!"
Time ni syam minta afia duduk dekat atas kerusi. Buat la aktviti lain selain dari dia main cermin tu.
Selalunya kalau dekat luar kalau nangis je syam akan tunjuk langit or birds. Takpon cari cat. (benda yang dia suka) 
Nanti terus berhenti nangis.
Berlakon sangat kan afia nih!
Memang funny!

9. Pilihan atas tangan kita.Bukan anak2.

Contoh la nak pilih mainan.
Dekat kedai mainan, kita jadi pening nak bagi anak main apa.
Last2 tanya anak.
"Nak apa?"

So, jangan biasakan begini ok.
Nanti anak2 jenis meminta je.

Kalau tak nak belikan something jangan singgah2.
So nanti anak akan faham.
Tapi, kalau da singgah, anak da rembat da nak ini nak itu.
Kita as parents yang kena tentukan untuk dia.
Sebab kita nak faham dia untuk belajar menerima.

Jangan manjakan sangat untuk beli apa saja mainan yang anak nak.
BAHAYA!
Walaupun kesian tapi semua terletak atas diri kita untuk control
Control time kecik lagi tak apa.
Biar menangis dulu jangan menangis kemudian ok.

Kalau macam syam.
Da limitkan da. Setiap bulan beli 2-3 jenis permainan je.
Alhamdulillah la. Pergi pasar malam afia takde pula minta nak mainan ke apa.
Sebab sometimes dia tak minta, syam akan belikan je dia apa2 mainan.
And nanti kita bagitahu la dia, kalau dia rajin and behave, nanti boleh belikan mainan lagi.
Banyakkan bercakap dengan dia.
Tapi, janji harus ditepati.
Kalau tak, anak tak percaya dekat kita.

Ajar anak TIDAK MEMBAZIR.
So, kita tahu apa anak suka and apa anak tak suka.
Kita kena terapkan beli apa yang perlu je ok.
Tak apa, sebab dengan cara ini, boleh juga didik anak susah kecik2 sikit.
Supaya dia lebih menghargai kita juga kelak nanti.


Time anak2 banyak bermain time umur setahun sampai 4 tahun.
So xkesah la time ni banyak permainan ke.
Janji anak2 enjoy and kita spend time bermain sama2.
Itu lebih buatkan dia rasa happy, excited, percaya kita and lebih hargai kita.



10. Banyakkan bawa anak2 berjalan. Lot of experiences.

Banyakkan experiences and show kan something new untuk anak2.
Pengalaman merupakan teacher yang terbaik untuk anak2.
Banyakkan dia untuk belajar by experiences.
Jangan terlalu hadkan aktiviti.
Ini tak boleh. Itu tak boleh.
Jangan buat ni nanti baju kotor.
Itu la Inilah.
Nanti comotlah.

So, jangan ye!
Time dia kecik ni tak apa lah baju dia kotor ke comot. 
Janji dia ada pengalaman yang menarik seronok and dari situ dia akan lebih appreciate kita and akan follow apa kita cakap.

Biarkan dia berkawan dengan ramai orang.
Kalau macam afia ni senang buat kawan.
Sometimes pergi kids zone, afia da dapat ramai kawan.
Bawa pergi taman and padang, memang ramai kawan2 dia.
Tak kesah la main dengan budak besar2.
Janji dia happy.
Bawa dia main dekat luar itu lebih buatkan dia seronok.
Tapi kita kena sekali ada bersama anak2 ye.

Makanan pon kena pelbagaikan.
Bukan apa, supaya kita lebih banyak tahu makanan apa yang anak kita suka.
Anak akan lebih cepat ingat and lebih menghargai kita if kita banyak masak untuk dia. Especially favourite foods dia.


Afia suka makan sosej and kentang.
So syam variety kan cara masakan untuk sosej and kentang.
Nasib MR GOOGLE ada.
Senang nak tengok resepi2 yang sesuai untuk anak2.
Seronok tengok afia makan fevret food dia.Hehe.. Kita pon tersenyum bangga.

Afia memang pantang kalau ajak selfie. =D

Bila kita senyum, afia pon follow senyum juga..

Memang nak follow apa yang kita buat.
Spend quality time together sebab waktu they all kecik memang singkat.
Kumpulkanlah kenangan manis.

Afia always behave ke mana2 mama n papa bawa afia.
Alhamdulillah.
Dia akan show nangis dia and perangainya time dalam kete or dekat rumah je ok..

Great teacher is from EXPERIENCEs

Jangan terlalu limitkan waktu seronok anak2 kita while they all kecik lagi.

Afia nak berjalan2 jumpa kawan..
Jom ikut afia!

Belanja #ootdraya2016 from AFIA AMANI..

Afia behave, mama bagi ais krim..
So, tak boleh main lari2 dekat kenduri kawan mama ok.

98% BERKESAN syam gunakan teknik ni..
Inshaallah semoga anak2 semua jadi behave, anak yang solehah, mendengar kata and baik.

Paling penting:
Banyakkan bersabar
Konsisten (buat tanpa jemu)
Dedikasi
Penyayang
Be strong
SMILE =D

Afia sejak baby lagi da always behave even dalam car seat dia pon.
Nangis pon time hanya nak susu or nak tidur je.

Alhamdulillah.
Semoga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat buat mommy2 daddy2 especially yang baru nak jadi mak ayah ni.

Dont worry!
Just enjoy the moments with the lil one ok!

Spread your LOVE by share this ilmu.
Sharing is caring.

Kalau ada yang silap minta maaf.
Mohon tegur elok2 naa..
Ada pendapat ke apa, mohon share dekat komen.
Nak tambah ilmu ke apa, dipersilakan sangat2.

Boleh add friend facebook syam.

NUR SYAMSINA
01110639385
Founder of Amani.co (coming soon)

With LOVE,
SYAM...



You Might Also Like

0 comments

Sila share pendapat anda..thanks!

Popular Post

Recent Posts

Paid Ads

Total Pageviews

Paid Ads