RESEPI KEK NO BAKE : Chocolate Lasagna by Mama Afia

16:40:00

Alhamdulillah...

NO BAKE CHOCOLATE LASAGNA CAKE



Siap juga my
No bake Chocolate Lasagna Cake..
Idea nak buat kek lasagna ni sebab actually syam suka makan lasagna..
Ya Allah!!! Fevret sangat tau tu..

Ok this time buat..
Afia and husband suka sangat2..
Sampai tak boleh simpan.
Mesti habis on the spot..
Ayoyoo..

Ok syam nak share resepi Kek coklat lasagna tanpa bakar ni dekat uolls..
Bahan2 yang syam gunakan inshaallah memang paling senang di abad ni..

BAHAN2

2 packs OREO yang bersaiz panjang (ikut nak buat banyak mana)

1/4 cawan gula pasir halus (syam letak tak sampai suku pon sebab tak suka manis sangat)

1 package Cream Cheese. Syam guna 1 bekas ni untuk 3-4 orang makan..

\

Prepare 2 untuk susu segar (ikut la nak susu apa) :
- 2 sudu besar susu 
-3 1/4 cawan susu


6 sudu besar butter di cairkan (syam pakai planta sebab tu je yang ada)


1 packet serbuk instant pudding perisa coklat (if rajin buatlah agar2 manual and ikut buat banyak mana.. syam amek 1 paket je)


1 bekas Whipping Cream (200ml) - Syam amek kotak kecik sebab buat sikit je.. So bole gandakan if buat banyak


CARA2NYA

Hancurkan biskut oreo.
Tambahkan planta yang da dicairkan dengan oreo and gaulkan rata.
Letak planta sikit dalam bekas.
Then masukkan mixture oreo tadi and lenyek2 kan dalam bekas as base untuk kek.
Sejukkan dalam peti ais dalam 7 minit.
Masukkan cream cheese dalam bekas biasa. masukkan 2 sudu besar susu dan gula. Gaul sampai sebati. 
Kacau whipping cream dengan adunan tadi. Pukul sampai sebati.
Then, masukkan dalam bekas yang da letak oreo crust tu.
Ratakan dalam bekas loyang..
Macam ni..

Then sejukkan dalam peti ais 5 minit.
Dalam bekas lain buat pudding instant pula dan campurkan dengan 3 1/4 cawan susu sejuk tadi. Campurkan and kacau.Lepas tu, masukkan dalam bekas loyang ada lapisan whip cream tadi..

Ratakan seluruh atas lapisan tadi.
Masukkan dalam peti ais dalam 8 minit supaya puding bole mengeras.
Last sekali, letak adunan whip cream yang tinggal sikit tu atas top lapisan.
Kemudian, taburkan chocolate chips on top lapisan whip cream tu..

Then, masukkan dalam peti ais selama 3-4 jam..

Lepas tu, siap dihidang untuk makan..
Ngap2...
Tadaaaa...

Inilah kek coklat lasagna tanpa bakar paling marvellous sebab cair dimulut..
Rasa combination puding, kek dan whip cream tu. Memang lain dari kek biasa..
Try laa..

Esok buat lagi banyak sikit..
Anyone da try boleh la share gambar dekat ruangan komen di bawah ok..

Sama2 sebarkan resepi yang enak..

Anything boleh tanya syam direct

NUR SYAMSINA 
01110639385

Resepi by Syam =D






You Might Also Like

0 comments

Sila share pendapat anda..thanks!

Popular Post

Recent Posts

Paid Ads

Total Pageviews

Paid Ads