TIPS MUDAH BERSALIN : UNTUK IBU2!!!!

21:23:00

CARA MUDAHKAN PROSES KELAHIRAN

Hye assalamualaikum... Mak buyung ni berdebar nak tunggu bersalin. Ya Allah.. Mudahkanlah. Due bulan Februari tapi debarnya lama da. Hahahha anak first katakan. So memang tak ada pengalaman bersalin lagi. Degar cerita kawan2 family je.

Macam2 pengalaman la I dengar dari kawan2 kakak2 time proses bersalin. Ada yang bersalin operate dan ada yang bersalin secara normal.. I tak tahulah. Semoga bersalin dengan normal dan tak ada pape masalah. Dari pengalaman diorang tu banyaklah I dapat petua, tips cara2 nak mudah bersalin. Fuhhhh... Harap petua ni dapat membantu kaum2 ibu yang nak bersalin tu. Macam I mom to be ni. Tak ada pengalaman bersalin kan.. So at least bole get ready and prepared apa2 yang perlu.



1. 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.Yang ni boleh kot I ikut sebab memang I minat makan telur separuh mentah.



2. Bila sakit nak bersalin, makan sebiji telur mentah. Yang ni I tak boleh telan mentah2. Huishhh mahu muntah kat hospital nanti..

3. Minum milo yang dibancuh dengan 2 3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka. Selalu gak minum milo dengan air susu. Tapi tak tahulah apa rasa kalau minum dengan marjerin. Macam nak buat topping kek je.



4. Rebus epal hijau pastu makan time tengah sakit contraction. Yang ni bole buat awal prepare awal2. Minta Mr hubby bawakkan time masuk hospital. Tapi tak tahulah dan lagi ke nak makan sebab tengah sakit. I tak tahu sakit macam mana. Debar sungguh i..

5. Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkkan proses bersalin. Yang ni seminggu sekali I amalkan. Semoga dipermudahkan. Baca sekali terjemahan baru tahu isi kandungan surah tu..

6. Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin. Wajib amalkan sebab kawan2 I dan kakak2 amalkan ni.. Alhamdulillah lega siikit kesakitan dia. Fuhhhh...



7. Amalkan minum air kelapa hujung2 nak bersalin (nanti baby lahir kulitnya bersih je). Yang ni memang I tak sabar nak minum. Lama tak minum air kelpa. I da minat air kelapa. Dok terliur je. Minum air kelapa asli lagi bagus kan. I pregnant nak masuk 6 bulan ni. Boleh lagi ke minum air kelapa. Time bila erk boleh minum air kelapa. Start bulan ke berapa..



8. Makan kurma dalam bilangan ganjil. Kurma kan bagus untuk kesihatan, untuk kecerdasan akal dan tenaga. Memang bagus amalkan makan kurma. Makan sebiji sehari pon ok da..



9. Banyakkan berjalan, exercise sebelum deliver baby. Ni mudahkan contraction katanya. Jiran I tengah tunggu hari. Before ni tak nampak dia keluar pon petang2. Lately ni dia asyik berjalan bawa anak dia main kat padang. Berjalan sana sini. Betul la tu. Kena jalan2 ni.

10. Amalkan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby. I tak tahu kaitan dia. So kebanyakan orang berpengalaman memang dia akan makan banyak bendi da nak hujung due date tu. I suka bendi gak so boleh lah makan banyak2..



11. Untuk exercise, duduk bersila, dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.Yang ni boleh buat tapi tak boleh lama2.. Hahahah

12. Masa proses meneran, baring sambil kaki/betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sebab nanti terkoyak lagi teruk. Fuhhh ngeri lak dengar. Bertabah la yea. Tak ada pengalaman lagi. Ya Allah mudahkanlah segalanya..

13. Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut.Kena beli awal2 ni minyak zaitun. I ada minyak baby oil je sapu dekat perut sebab nak elakkan gatal2. Yela nanti kita garu time perut gatal nanti habis stretchmark berbekas after pregnant nanti.



14. Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat2. Kena praktiskan. Sebab nanti time sakit memang tak ingat macam mana nanti..



15. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air. Yang ni memang kena ingat lah if not memang tak ingat. So kena hafal. Bagus sebenarnya ayat2 nama Allah ni..

16. Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu. Hari2 I bersama dengan suami. Tak nak berpisah. Even pergi kerja sometimes I follow.

17. Minum air selusuh. Lebih baik kalau dibuat sendiri oleh suami. Berkat kata orang. Ya Allah!! air selusuh tu apakah.. ahahah tak pernah dengar. Apa rasanya erk..Dengar macam takut je.



Oklah Uolls bolehlah tengok dan amalkan mana2.. Semoga dipermudahkan dan dilancarkan proses bersalin.

Uolls SHARE or KOMEN pengalman masing2. Boleh bagitahu I rasa air selusuh tu macam mana. Macam mana uolls buat dulu..Ok!!!! Please share. I debar ni first time pregnant...

You Might Also Like

0 comments

Sila share pendapat anda..thanks!

Popular Post

Recent Posts

Paid Ads

Total Pageviews

Paid Ads